rockaway-fest-2016

ROCKAWAY FEST akan kembali beraksi selepas tiga tahun mendiamkan diri. Festival rock yang terbesar di Malaysia ini bukan saja akan menampilkan artis tempatan, tetapi artis-artis antarabangsa juga akan giat beraksi pada edisi ROCKAWAY FEST2016 .

 

Kalau anda masih was-was dengan kehebatan festival rock ini, kami mempunyai LAPAN sebab mengapa anda tidak harus melepaskan peluang untuk menyaksikan artis-artis tempatan, dan antarabangsa beraksi di pentas ROCKAWAY FEST tahun ini.

Pesta Rock Terunggul Selama 3 Hari

Buat kali pertama dalam sejarah ROCKAWAY FEST, peminat akan dapat menikmati persembahan pelbagai ‘genre’ rock selama tiga hari!

Rocktober yo!

Tiada penjelasan yang diperlukan.

Nilai Untuk Wang Anda

Dengan lebih daripada 22 artis yang akan ditampilkan di Rockaway: Saga Continues, anda sebenarnya akan membayar purata RM6 setiap artis. Terbaik kan?

Penyatuan Yang Di Nanti-nantikan

Butterfingers akan membuat kemunculan selepas lapan tahun menyepi. Selain mereka, ada dua lagi band yang sudah lama tidak membuat penampilan .Kumpulan rock yang disebutkan adalah Lyme dan Prana. Mereka akan kembali bersama untuk satu malam dengan set yang eksklusif pada 19 November nanti.

Satu Malam, Dua Lagenda

Bila lagi boleh anda menyaksikan lagenda tempatan, Wings, and lagenda Barat Scorpions beraksi di event yang sama?

Persembahan Yang Paling Best Buat Peminat MotoGP

Tiada yang lebih sempurna dari berpeluang menyaksikan ikon rock tempatan dan antarabangsa beraksi di pentas ROCKAWAY FEST selepas menyaksikan pelumbaan MotoGP

Peluang Menyaksikan 2 Ikon Muzik Malaysia

Alleycats telah menerbitkan 27 buah album setelah hampir 50 puluh tahun berkecimpung dalam bidang muzik. Pemenang pelbagai anugerah, Zainal Abidin pula telah mengeluarkan salah satu lagu yang paling ikonik dalam industri muzik Malaysia. ‘Hijau’ dikeluarkan pada 1991, tapi ia masih kekal sebagai salah satu trek lagu yang paling disanjungi dalam industri muzik Malaysia.

Ia Adalah Pesta Rock Yang Terunggul Di Malaysia

3 hari, 40 artis, dan keseronokan yang tak terhingga. Apa lagi yang anda mahu?