OBS_Edit

One Buck Short (OBS) bakal meraikan ulang tahun ketiga belas mereka tahun ini di Rockaway: The Saga Continues pada 19 November. Mereka akan kembali beraksi dengan lima anggota yang terdiri dengan Mooky, Rahul, Imran, Alang dan Izal.

 

Dalam sejarah mereka sebagai sebuah kumpulan pop punk/ punk rock yang terunggul di Malaysia, OBS telah berjaya beraksi di pelbagai shows dan festival muzik di Malaysia dan luar negara. Mereka juga pernah menjadi pembuka tirai untuk band antarabangsa seperti Fall Out Boy, Good Charlotte, Panic! At the Disco, dan Sum 41.

 

Selain Rockaway, OBS sering dipanggil untuk beraksi di festival muzik seperti SingFest 2007, Asia X Games dan Summersonic 2014 di Jepun. Album pertama mereka, Halal & Loving It menerima sambutan hangat dari para peminat, dan EP pertama mereka yang dirakamkan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, Kampong Glam juga tidak kurang hangatnya. Anda mungkin fikir anda ketahui fakta sepenuhnya tentang OBS, tapi kami percaya ada sedikit sebanyak perkara yang mungkin belum diketahui oleh peminat OBS.

 

Memilih genre yang sesuai

OBS tidak mempunyai genre tertentu untuk dipersembahkan semasa mereka mula-mula bergiat sebagai sebuah band. Rahul orang yang pertama mencadangkan supaya mereka cuba buat lagu-lagu yang berunsurkan konsep punk rock. “Sebelum masuk OBS, saya tak berapa dengar muzik punk rock tapi lepas mendengarkan lagu-lagu yang telah dicadangkan oleh Rahul, saya setuju dengan arah tujuan itu.  Mula-mula saya pun musykil dengan cadangan Rahul tapi saya menyokong cadangan nya dengan hati yang terbuka,” kata Imran

Tak kenal member sendiri

Masa Izal first join OBS, Imran tidak tahu nama dia. Masa sesi ‘jamming’ pertama Izul dirumah Imran, dia diperkenalkan sebagai “the new guy” kepada ibu Imran.  

The Sleeping Mooky

Mooky boleh tidur di mana sahaja, dan bila-bila masa. Dia boleh tertidur semasa mengikat tali kasut, dan semasa menjalankan ‘sound check’. Syukurlah, dia masih belum tertidur masa tengah perform kat atas stage.

Single Melayu Mereka Yang Pertama

Semasa sesi rakaman bersama Greg Henderson, beliau mencadangkan OBS merakamkan lagu yang mereka sedang main ketika itu dalam bahasa Melayu. Masa tu, focus mereka hanya untuk merakam dan perform lagu-lagu Inggeris kerana cita-cita mereka untuk berjelajah ke luar negara. Tapi Mooky selesa dengan cadangan yang diberikan oleh Greg lalu, “Kelibat Korupsi” dilahirkan.

Pertemuan Pertama OBS

OBS mula berkawan sewaktu zaman kolej mereka. Rahul dan Mooky adalah rakan sekelas, manakala Hafiz dan Imran berada dalam kelas yang sama. Oleh kerana Hafiz merupakan warga Singapura, dia terpaksa pulang ke tanahair untuk ‘national service’, lepas tu Izal masuk untuk menggantikan tempatnya di OBS.

Lagu ‘Jamming’ Favourite OBS

Semasa mereka mula-mula ber-jamming, lagu-lagu kegemaran mereka yang sering dimainkan dalam studio adalah The Ataris - San Dimas High School Football Rules, Blink 182 - Dammit, dan banyak lagu-lagu dari MxPx, Green Day, Fenix TX, dan Millencolin.